Majlis Pelancaran Rasmi Geopark and Geotourism Creative Solutions Sdn Bhd
Telah berlangsung Majlis Pelancaran Rasmi Geopark and Geotourism Creative Solutions Sdn Bhd (GGCS). GGCS adalah syarikat bersekutu GMT Group bersama pakar2 bertaraf dunia yang diketuai oleh Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Komoo (IBK). IBK merupakan CEO bagi GGCS dan akan dibantu saya sendiri sebagai Pengurus Besar.
GGCS ditubuhkan atas iltizam untuk membentuk kepakaran anak tempatan muda supaya setanding dengan amalan dunia. IBK dan pasukan merupakan antara pakar2 yang telah mendapat pengiktirafan dunia dimana kerja2 perundingan, advisory dan perkhidmatan telah dilakukan hampir di seluruh dunia. IBK aktif diperingkat antarabangsa melalui Global Geoparks Network dan program2 dibawah UNESCO.
GGCS cuba membawa pengalaman antarabangsa dalam bidang geopark, geotourism, geoheritage mahupun geoconservation ke acuan tempatan. GGCS menggabungkan kepakaran bertaraf dunia dan bakat akademia dengan pangalaman praktikal dan skil pengurusan industri untuk membentuk pasukan yg mantap membantu mana2 organisasi tempatan atau antarabangsa. Kita mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat2 berasaskan geosains tempatan yang lain juga. Semoga dipermudahkan urusan.























