Rabu, 29Julai 2020 bersamaan 9 Zulhijrah 1441 pukul 11.58 malam menyaksikan negara kehilangan seorang lagi pakar geologi dalam bidang geologi struktur dan geologi kejuruteraan.
Profesor Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin secara langsung atau tidak mempunyai peranan dalam perjalanan saya dalam bidang geologi kejuruteraan.
Adakalanya kita berbalah untuk kebaikan. Insyaallah kita akan lakukan sesuatu untuk memperingati jasa besar Allahyarham dalam perkembangan bidang geologi kejuruteraan di Malaysia.
Semoga Allahyarham damai di sana serta ditempatkan dikalangan para anbiya, auliah, sahabat dan orang2 yang beriman.
Allahyarham seorang sahabat, penasihat dan mentor dalam akademia, penyelidikan dan juga amalan.