Warga kerja Geomapping Technology Sdn Bhd (GMT) group of companies sentiasa mengingati tarikh 1 Sept sebagai tarikh dimana ia diberi nafas baru dan dihidupkan semula sempena hari pertama GMT beroperasi semula pada 1 Sep 2015.
GMT ditubuhkan pada Sep 2002. Saban tahun kita akan mengadakan Annual Lucheon untuk mengingati kembali sejarah syarikat. Tahun ini kita meraikan ulangtahun yang ke-5 GMT beroperasi semula. Saban tahun juga, kita menjemput rakan2 akademik untuk bersama2 kita.
Yang pasti tahun ini kita terasa kehilangan Allahyarham Dr Tajul Anuar Jamaludin yang selalunya akan bersama2 kita dalam hampir semua aktiviti syarikat. Semua Allahyarham damai di sana. Tahun ini majlis lebih simple atas keadaan ekonomi dan juga pandemik covid-19.
Bagaimanapun sempena ulangtahun ke-5, kita telah melancarkan penerbitan buku ‘Multidisciplinary Geoprofessional Practice: A Perspective after 5 years Journey’. Buku ini dijangkakan siap sebelum hujung tahun 2020. Ia adalah kompilasi dan manifestasi kajian kes dan kerja2 kami selama 5 tahun. Buku akan dibuat dalam 2 versi; hardcopy dan electronic. Semoga bermanafaat untuk penggemar2 buku sebegini.