Khamis, 22082019: Menghadiri Seminar Penambahbaikan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) oleh PlanMalaysia Kedah.
Saya mewakili IGM/GSM menyokong penuh usaha utk memperkasakan LCP. Beberapa isu saya sentuh;
1) LCP perlu mengambil kira semua plan tempatan, nasional dan antarabangsa termasuk UN SGDs, Sendai Framework on DRR/M, Urban Habitat, dan lain2.
2) LCP perlu mencerminkan report yg berdasarkan sains dan bukti (science- and evidence-based)
3) laporan berkaitan geologi bukan hanya tentang gradien cerun. Ia juga merangkumi aspek2 geologi lain seperti mineral, air bawah tanah, geobencana dan lain2.
4) Impak geologi terhadap pembangunan (seperti kawasan relik geobencana dll) serta impak pembangunan terhadap geologi (cth: seperti pembangunan di Langkawi) perlu ditekankan dalam LCP bagi kawasan terpilih dan Kaw. Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
5) Laporan geologi perlu disediakan oleh Ahli Geologi Profesional berdaftar dgn Lembaga Ahli Geologi. Mana2 org yg gagal mengunakan laporan geologi yg disediakan oleh Ahli Geologi Profesional boleh dikenakan denda RM10k atau/dan penjara setahun dibawah Akta Ahli Geologi (2008 – Akta 689).
-ARJ