Berlangsung Majlis Perpisahan Afiq Farhan dan Farid Dali. Keduanya menerima tawaran kerajaan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Dalam suasana pandemik Covid-19, tawaran kerja dari kerajaan terutamanya sebagai PTD tidak dapat kita bendung. Kalau dulu tawaran syarikat petroleum selalu tidak dapat kita atasi. Sekarang telah berubah.
Mereka berdua adalah tunggak utama GMT Group sejak mula ditubuhkan. Kehilangan pasti sedikit sebanyak menggugat keupayaan syarikat. Namun patah tumbuh hilang berganti. Anak syarikat yang tinggal tidak kurang hebatnya. Perlukan sedikit masa untuk tambah pengalaman.
Kita ucapkan selamat maju jaya untuk Afiq dan Farid.